Sunday, April 10, 2011

tawakal??



·         Masuk ke dewan peperiksaan walaupon tak habis agi baca
·         Teruskan berpuasa walaupon tak sahur
·         Pergi shopping walaupon duit ade rm10 je
·         Tulis blog walaupon sok nak exam
·         Sidai baju walaupon langit mendung
·         Teruskan hidup walaupon tak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari



Tanpa kita sedar, tawakal itu mengajar kita buat sesuatu yang diluar jangkaan kita. Mengajar kita erti pergantungan pada DIA..melatih kita untuk hidup tanpa orang-orang yang selalu menyanyangi kita dan mengambil berat tentang kita.. tawakal itu ibarat garam dalam masakan.. takkan terasa sedap tanpa garam.. tapi kalau ade garam takde makanan pon tak jadi juga.. makanan itu lah usaha..setiap usaha diselangi dengan tawakal..itulah resepi kejayaan.. fikir-fikir kan dan selamat beramal..(^_^)


~muhasabah diri~

Wednesday, April 6, 2011

~ PART 1 ~

...NOKTAH PERJUANGAN...

         Menatap wajah-wajah sahabat seperjuangan sebelum berpisah. Entah kenapa hiba meruntun jiwa. Terasa sayu untuk meninggalkan dan ditinggalkan mereka. Melihat gelak tawa dan senyum manis mereka menjadi penawar duka dalam menempuh dunia yang penuh ranjau di bumi Kuantan ini. Inilah erti ukhuwah atas dasar Aqidah. Rasa kasih dalam menggapai matlamat perjuangan nan satu.


         Namun begitu, pelbagai pertanyaan menari-nari di benakku. Aku tidak faham, mengapa masih ada yang tak menghargai ikatan itu. “Emosi didahulukan Merajuk diutamakan”. Kadang-kadang terfikir, apa puncanya berlaku sedemikian rupa? Ya, sunnatullahnya, manusia punya hati dan boleh terasa dengan apa-apa jua keadaan. Namun, manusia juga punya pilihan ketika itu untuk membiarkan perasaan terasa itu menjadi bagai sebuah gunung berapi pendam atau membuka hati untuk menerima keadaan tersebut dan memaafkan sahabat. 

Elemen Maaf. Perkataan tersebut paling senang dilafazkan tapi paling susah dipraktik kan. Kenapa pentingnya maaf dan memaafkan dalam kehidupan ini? Tak lain tak bukan untuk membersihkan jiwa dan hati. Jika kita telah melukakan hati sahabat, adakah selepas itu rasa bahagia yang datang? Adakah sesudah itu kita rasa tenang berhadapan dengan Allah?sudah tentu tidak. “HablumminAllah, wa HablumminAnnas”. 

Jadi, sewajarnya orang yang faham bahawa mereka bersatu dan berukhuwah atas dasar kalimah mulia “tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhnya”, mereka tahu cara untuk menangani masalah hati ini. Meletakkan perasaan dihadapan akal yang waras hanya akan merosakkan sebuah hubungan yang suci. Ingat lah hukum 10 : 90...10% yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir ketetapan dari Allah. Tetapi 90% lagi adalah respon kita terhadap takdir tersebut. Pilihan terletak ditangan kita. Kita mahu bahagia,respon dengan ketenangan akal fikiran. Kita mahu diselubungi kesedihan, responlah dengan emosi yang tak menentu. Tak percaya, cubalah hari ini!!


***




Tuesday, April 5, 2011

~ SEBUAH EPISOD ~

                Menyusuri hari-hari yang seterusnya...rutin hari esok masih kekal sama seperti semalam.. dua susuk tubuh yang tak kenal erti putus asa.. dua susuk tubuh yang tetap sabar melalui rutin yang sama setiap hari.. memikul tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dan juga ibubapa.. tak pernah merungut tak pernah menyesal..Habis sesi persekolahan bergegas ke hospital, menjaga amanah dari Allah dengan penuh kasih sayang. Seawal jam 5 atau 6 pagi, bertolak pulang ke rumah, bersiap untuk menunaikan amanah pada masyarakat pula.

                Jika dulu rumah mereka itu riuh rendah dengan usik gurau, bersinar dengan sinaran bahagia kasih sayang, sekarang hanya tinggal kenangan dan harapan. Rumah itu terbiar lesu akibat perbuatan manusia durjana. Apalah faedahnya sifat dengki dan dendam yang bermaharajalela. Tak pernah puas dengan apa yang dikurniakan Allah padanya, hingga sanggup melihat penderitaan darah daging sendiri. Apalah yang di mengerti oleh insan yang berumur 16tahun untuk menghadapi penderitaan itu. Kejam dan zalim nya manusia itu.

                Namun, dua insan itu menganggap segalanya adalah ujian Yang Maha Esa. Biarlah beribu duit habis asalkan buah hati nya kembali sihat dan ceria. Biarlah mereka terpaksa bersusah payah berulang alik ke hospital, asalkan anak mereka dapat hidup seperti remaja yang lain. Biarlah tidur dikaki lima asalkan dapat melihat kembali senyuman di wajah anak bongsunya.

Buat Ayahanda dan Bonda tercinta,

                Yakin lah dengan janji Allah bahawa Dia takkan menguji manusia itu jika mereka tak mampu. Yakinlah bahawa ujian dalam kehidupan itu sangat manis rasanya, sangat bernilai harganya. Yakinlah bahawa Allah mengetahui apa yang tak kita ketahui. Yakinlah setiap kejadian Allah itu tak pernah sia-sia kerna pasti ada hikmah yang tersembunyi bagi mereka yang berfikir. Segalanya telah diaturkan Sang Pencipta. Cuma kita punya pilihan bagaimana untuk kita mengahadapi aturan dan ketetapan itu. Menghadapinya dengan sabar atau menyalahkan takdir. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah mengizinkan perkara itu terjadi mungkin untuk kita kembali mengingatiNya. mungkin untuk kita kembali menjahit tikar sejadah yang koyak. 

Bersabarlah ayahanda dan bondaku, doa untuk kalian dan dinda ku Mohd Haziq Hanif, sentiasa kutitipkan. Maafkan anakanda kerna tak mampu mengurangkan beban yang kalian tanggung. Hanya semangat dan doa yang anakanda mampu berikan setakat ini. Ketahui lah ayahanda dan bonda, jasa kalian, pengorbanan kalian, susah payah kalian takkan anakanda lupakan. Walaupon bukan jasad anakanda yang jadi taruhan permainan syaitan itu, tapi anakanda tetap anak. Maaf kan anakanda atas segala kekurangan. Moga Allah membalas segalanya dengan syurga firdausi. K.teh sayang mak abah kerana Allah.

Lagu ini ateh tujukan khas untuk mak, abah, adik,adik beradik dan sahabat-sahabat..
“..ujian itu adalah cubitan sayang dariNya..ujian itu ibarat gula dalam minuman..ibarat garam dalam masakan..”



               

                 

Sunday, January 23, 2011

..SAMA TAPI TAK SERUPA..

Bismillahirrahmanirrahim

kita seringkali terlupa tentang dua perkara penting nie..antara mengumpat dan fitnah...apa bezanya??..ada beza ke???
ok...sebelum kita pergi lebih jauh,meh kita berkenalan dulu ngan uncle” fitnah” n aunty “mengumpat”...

Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud:

Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat

Apa plak maksud fitnah??

Fitnah ade 2 maksud:

1.Berita atau khabar angin yg tiada asasnya. Atau lebih dikenali sbg Al-Ifk atau al-fitan.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta (Al-Ifk) itu ialah segolongan dari kalangan kamu…” (Surah An-Nuur: ayat 11)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..” (Surah al-baqarah: ayat 193)

Jadi boleh disimpulkan, fitnah membawa maksud: perkara yg tiada asas, perkara yg tidak benar

2. Ujian, pancaroba dan yg semakna dgnnya

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah fitnah…" (Surah At-taghaabun: ayat 15)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian." (surah al-anfal: ayat 28)

Berhubung dgn HARAM hukumnya menimbulkan fitnah, ia merujuk kpd menyebarkan berita2 yg tidak ada asal usulnya.

Tengok-tengok macam xde bezakan??actually ade bezanya...

mengumpat nie, benda yang kita cerita tu betol,tapi kalau orang yang diumpat tahu,menyakiti hati dia dan dia akan marah.

Fitnah plak,memang sah2 cerita tu tak betoi...

Hukum mengumpat dan fitnah,sama..HARAM dan BERDOSA BESAR..

....HUKUM SAMA TAPI KESALAHAN TAK SERUPA....


Hurm...mesti ada yang pikir...susahnya...xboleh langsung lah kita cakap pasal orang...=’(...banyak2 nyer dosa saya....

Sabar-sabar...jangan cepat buat spekulasi...kita kaji dulu...

‘ISLAM  ITU MUDAH TAPI JANGAN PERMUDAHKAN’

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.<

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai

Tapi...zaman sekarang nie,banyak sangat benda-benda gini...sampai tak tahu mana satu btol n salah..kita tengok jer gosip-gosip artis...tangkap muatlah...melodilah...macam-macam...sampai uncle FITNAH n aunty MENGUMPAT nie seolah-olah macam dah jadi darah daging ...xbest kalau xde....sedarlah kita...benda nie dosa besar..kita buka aib orang...kita buat khabar2 angin sedangkan benda tu xbtol pon..konon-konon nak bantu selesaikan masalah...kalau nak bantu,bantu senyap-senyap...xperlulah hebohkan kat semua orang...ada perkara kita boleh bagitahu orang dan ada perkara tidak...kesan benda nie semua apa??? 1malaysia jadi 100malaysia....pecah belah...masalah hati bersepah-sepah...hai....macam mane nak pungut hati2 nie..

Ada plak yang tanya...kalau ngumpat pemimpin plak macam mana...kita tuduh orang tu rasuah lah...kaki minum lah...berjudi dan lain2?? Kalau situasi ni,kita pergi kat mengumpat yang dibenarkan point no 5..ade bukti kukuh then xpe...sebabnya...kita nie ada kuasa nak memilih sape pemimpin kita...so,kita kenalah tahu perangai die,sikap,peribadi...kalau salah pilih,kita jugak yang merana...untuk tahu bukti tu,amiklah dari sumber2 yang boleh dipercayai... contohnya ada fakta kes ke...ada 4 orang saksi yang nampak dengan jelas...@ paling senang,orang tu sendiri mengaku...


Akhir kalam,moga entri kali nie memberi manfaat pada kita...berhati-hati ketika berkomunikasi...ya Allah...bantu kami...maafkan kami atas segala dosa yang telah kami lakukan tanpa kami sengaja@dengan sengaja..yang tersembunyi@ yang nyata...ampunkan kami ya Allah...bimbing kami kearah redha dan syurgaMU...

Friday, January 7, 2011

BINGKISAN HATI

Bismillahirrahmanirrahim
07.01.11( JUMAAT )

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke tahun 2011.. Alhamdulillah sedar x sedar sudah hampir 22 tahun Allah memberi aku ruang untuk hidup di dunia ini.. terima kasih yaAllah...

Namun,jika dihitung nikmat yang Allah beri padaku untuk kehidupan 21 tahun 5bulan 12 hari ini...xmampu ku luahkan dengan kata-kata....nikmat oksigen yang kecil tapi besar impaknya dalam hidup...setiap milisaat dikurniakan oleh Allah tanpa jemu pada hambaNya...tapi berapa banyak aku bersyukur??? Nikmat kesihatan...nikmat masa lapang...nikmat usia muda...kemana telah ku bazirkan setiap minit yang diberikan kepadaku????tertekan rasa jiwa...waktu yang dipinjamkan ini...sedikit sekali aku gunakan untuk mengingati Yang Maha Esa...malunya aku nak berhadapan denganMu nanti...sedangkan semakin meningkat hari...semakin dekat detik-detik aku akan bertemuMu...Cuma ku xtahu bila waktu itu akan tiba...Allah....alangkah sedih bila mengenangkan segala yang aku lakukan...berapa banyak dosa aku....berapa banyak terlalai dan terleka dengan dunia...terlalu rakus mengejar dunia yang sementara...
Allah ampunkan daku...

                Selama 21 tahun 5 bulan 12 hari ini....telah terlaksanakah kewajipan aku pada kedua ibubapaku??? Selama kehidupan ini,telah terlangsaikah hutang piutang ku??? Selama dipinjamkan waktu ini telah bertambahkah amalanku??atau makin meningkat dosaku???Allah...aku takut nak berjumpa denganMU....ilmu xseberapa...ibadah entah kemana...apalah yang aku akan bawa berjumpaMU kelak...

                Bila melihat generasi hari ini,dadaku semakin sesak...apa yang telah aku lakukan pada mereka...257 000 anak luar nikah dilahirkan sepanjang tahun 2000-2008...secara puratanya,setiap bulan 2500 anak2 tak berdosa ini lahir...bermaksud...setiap 17 minit 17 saat satu kes anak luar nikah dilaporkan di malaysia...Allah...ini baru yang dilaporkan...berapa banyak lagi kes yang x dilaporkan...Allah..berapa banyak usaha aku untuk meyedarkan mereka ini...mereka adalah tanggungjawab aku...apa yang telah aku lakukan??seronok bermain FB,belajar untuk segulung ijazah,berbual kosong,bersenang-senang berada di zon selesa...argh.......ku bazirkan lagi waktu ku sedangkan amanah ini belum terlaksana...

                Aku xsanggup lagi membiarkan masa itu berlalu...xsanggup lagi membiarkan airmata ibu2 mengalir kerana derhaka seorang anak...xsanggup melihat generasi pelapisku kian jauh dari ISLAM...xsanggup menatap rintihan anak-anak yang lahir  tak berbapa...xsanggup membiarkan kezaliman pembuangan anak...ya Allah aku xsanggup.........

                Ya Allah aku lakukan sedaya mampuku...cuba menyedarkan hati-hati yang inginkan kebenaran...ya Allah jadikanlah aku orang yang bertaubat....jadikan aku orang yang berilmu dan mengamalkannya...jadikan aku pejuang agamaMU...

                Moga bingkisan ini menyedarkan diriku dan dirimu sahabat2...peri pentingnya DAKWAH...peri pentingnya MANFAATkan MASA...sampai bila kita mahu berdiam diri...sampai bila kita mahu undang-undang dan manusia menakutkan kita untuk menegakkan agama ALLAH?? Bukan disini tempatnya untuk kita berehat...bukan disini masanya untuk kita berputus asa...ujian itu pasti..andai MUHAMMAD tercinta diuji...apatah lagi kita hamba kerdil ini...kuatkan akar keimanan dengan ilmu ISLAM yang benar...mantapkan dengan IBADAH yang sohih...tunjukkan AKHLAQ MUSLIM yang sebenar...jangan jadi umat islam yang menghijab penyebaran agama islam sendiri...ingatlah diriku dan sahabat-sahabat...kita punya pilihan...untuk terus berada di takuk yang lama...atau BANGKIT merubah diri dan orang lain...yang pasti...KEMATIAN itu datang tanpa kita ketahui...mungkin malam ini...mungkin lusa,bulan depan....tidak siapa yang mengetahuinya...Ayuh persiapkan bekalan untuk berjumpa RAJA SEGALA MANUSIA....ingatlah ikrar yang kita lafazkan 5 kali sehari “SESUNGGUHNYA,SOLATKU,AMALANKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM”

Ya Allah berkatilah usaha-usaha kami..hanya Kau yang mampu mengetuk hati-hati mereka...memandu mereka ke jalan yang benar...bantulah kami dalam dakwah kami...bantulah kami dalam islah diri kami sendiri...Islam itu pasti tertegak...moga kami adlah diantara orang yang membantu menegakkannya...bukan sekadar melihat...bukan sekadar bercakap...tapi dipraktikkan dalam kehidupan kami...tetap dan thabatkan kami dalam agama mulia ini iaitu ISLAM..dan teguhkan kami dalam jalan dakwah kami...permudahkan urusan kami dunia dan akhirat...ya Allah,kami teringin bertemu nabiku Muhammad S.A.W..mendengar kata-kata azimat darinya..alangkah indahnya saat itu ya Allah..walaupun rasa diri ini tak layak untuk itu semua...namun...itulah saat paling manis...berada disisi baginda..berikan kami ruang dan peluang untuk mengamalkan sunnahnya...ampunkan dosa kami ya Ghaffar..AMIN...

Wednesday, November 10, 2010

Hanya kerana sehelai kertas.............

Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat...
Akhirnya...berakhir jua peperiksaan yg memeritkan....
Biarlah ku gantung harapan hanya pada Yang Esa...
Sungguh aku telah berusaha sedaya upaya...
Tapi aku xkan mampu melawan takdir yg telah ditetapkan olehNya...
Moga aku tergolong antara orang2 yg sentiasa redha dengan ketentuanNya...
 
Kadang2 hanya kerana sehelai kertas itu..
Kita terlupa untuk bersujud pada Yang Maha Esa..
Rasa masa yang kita ada x cukup unt berzikir padaNya..
Tak punya ruang unt membaca kitabNya..
Tiada waktu untuk mengetahui keadaan umat..
Tak kuasa unt mengambil tahu hal lain selain....
EXAM...

Kadang2 hanya kerana sehelai kertas itu...
Kita tak sedar...
Itulah ujian yang sebenar-benarnya...
Ujian menguji hati,akal dan kefahaman...
Lantas...
Untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu ini??
Untuk apa sebenarnya kita menduduki peperiksaan??
Untuk apa kita menyelak,membaca dan menghafal segala macam formula dan fakta??
Andai semua itu bukan untuk menegakkan Islam..
Andai bukan untuk mengambil semula segala ilmu kita yg telah dirampas dulu...
Andai bukan untuk di amalkan dalam hidup...
Andai xdapat mendekatkan diri pada Yang Memberi Ilmu...
Alangkah ruginya....
Alangkah zalimya waktu yang terbazir begitu sahaja...


Hanya kerana sehelai kertas itu..
Terlupa kita pada tujuan asal penciptaan kita..
Terlalai kita untuk mengingati Yang Maha Pencipta..
Terlena kita dengan belaian pointer yang dikejarkan...

Apalah guna pointer lebih dari 4.00,
tapi kita makin jauh dariNya...
Apalah guna dapat Dean List,
tapi tanggungjawab dengan Allah di lalaikan..
Apalah guna semua pujian,
andai hati terus gelap tanpa cahaya Ilahi..

Bukanlah tujuan penulisan ini supaya dunia ini dibiarkan begitu sahaja..
Bukan jua untuk mencari kehidupan akhirat sahaja..
TAPI seimbang dunia dan akhirat...
Amatlah manis kejayaan yang digenggam bila disertai dengan kesyukuran padaNya..
Kelak bila di tarik kembali nikmat kejayaan itu,
Hati x gundah gulana...
Jiwa tenang setenang air di lautan...
Sebiru langit yang luas terbentang...

Sungguh setiap yang Allah jadikan x pernah sia-sia..
Sentiasa penuh dengan hikmah...
Hanya buat mereka yang ingin memikirkannya...
Dan mengambil pengajaran...

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahwa Allah yang menciptakann langit dan bumi adalah Maha Kuasa pula menciptakan yang serupa dengan mereka, dan dia telah menetapkan waktu tertentu ( mati @ dibangkitkan) bagi mereka, yang tidak diragukan lagi? Maka orang yang zalim itu tidak menolaknya kecuali dengan kekafiran"
~ Al-Isra' : 99 ~





Sunday, November 7, 2010

OWH DUNIA


Alhamdulillah di uji dgn kesihatan yg xmenentu...baru lepas ke klinik dan doktor just cakap viral infection menyebabkan badan trase panas n sakit sendi....dapat ubat,tapi xtahulah makan ke x....=)

                Hari sabtu n ahad yg lepas adalah kenangan yg xboleh dilupakan...macam2 yg saya belajar tentang erti kehidupan...memberi nafas baru dalam hidup yg penuh dgn ranjau...

Sabtu 250910

                Awal pagi bangun bersiap2 untuk pergi ke satu program anjuran heals.. aku pula di taklifkan sebagai jurukamera unt program tersebut..xpernah diberi tugasan sebegitu dalam hidupku..satu pengalaman baru yg menarik...walaupun xbrape pakar,tapi banyak belajar tentang IT...kredit to roomate [hani]-sebab pinjam kamera dia,nikmah[tolong akk amik gambo] n hanif[ajar nak masukkan kad reader dlm komp..]...

                Masa sampai ke Sekolah Panglima Perang,trase macam kembali ke sekolah balik...rindu sangat waktupersekolahan...sangat rindu....rindu kat cikgu2 n sahabat2...sekolah menengah banyak ajar aku unt menjadi seperti aku sekarang....

                Masa waktu makan berbual2 dengan kanak2 yg riang ria kat sana...adk2 form 4...jijah,nani,wani,hanisah,atikah,yana n lain2....urm,memang berbeza zaman aku waktu form4 n zaman mereka...yer,manusia berubah dgn persekitaran...

                Yg paling best skali bile program ni di conduct oleh Ust Shaari...aku sedar macam2 benda...sehingga menitiskan air mata keinsafan n kesedaran...

Sesi  1st,sesi kesedaran..tentang apa yg berlaku di Malaysia sekarang..setiap 14.5minit seorang bayi luar nikah di buang..x termasuk lagi yg xdidaftarkan...ratio tu menunjukkan manusia di malaysia berzina dgn kadar yg lebih banyak..ya Allah...sesak nafas aku ya Allah...ini kah generasi anak muda yg akan datang ya Allah...adakah ini genarasi yg akan memimpin negara ini ya Allah...apa yg aku buat selama ini hingga terjadi segala kemusnahan sosial ini ya Allah...bagaimana aku mampu duduk berehat sedangkan adik2 dan sahabat2 ku sedang terbiar tanpa bimbingan agama di luar sana ya Allah...ampunkan dosa2 ku dan dosa2 sahabatku.. rahmatilah negaraku ya Allah...ampunkan dosa2 mereka yg jahil ini...campakkanlah rasa insaf n taubat dalam hati mereka ya Allah..sesungguhnya ya Allah jika mereka bertaubat dgn sebenar2 taubat mereka itu lebih mulia dari mereka2 yg xpernah berbuat dosa...campakkanlah hidayah pada adik2 n sahabat2 aku unt kembalii ke pangkal jalan...

Ust jugak tunjukkan yg setiap galaksi ini Allah jadikan berputar dalam paksi n laluannya sendiri...dari sebesar2  galaksi sehinggalah atom dalam badan manusia berputar pada paksinya...kalau bumi tergelincir sedikit ke luar,maka bumi akan membeku..jika bumi tergelincir sedikit ke dalam maka bumi akan hangus terbakar dek kepanasan matahari....begitulah sunnatullahnya...begitulah jua seorang manusia....laluan dan paksi itu adalah agama islam...namun setiap dari kita x mampu melihat paksi itu...maka manusia dengan sesuka hati melanggar paksi itu...maka haru-birulah kehidupan seperti yang berlaku sekarang...umat islam xdapat mencari ketenangan yg abadi kerana telah tergelincir dari paksi yg sebenar...adakah sekadar dengan puasa,solat dah cukup unt digelar islam sejati????belum lagi sahabat2....hati....bersihkan hati....segalanya indah bila kerana Allah n RasulNya...kembalilah pada paksi kita....kembalilah pada Islam yg sebenar...kembalilah pada Al-quran n sunnah...kembalilah kepada Yang Maha Esa...  

Sahabat2, hidup kat dunia ni hanyalah persinggahan...the ultimate goal kita kat akhirat nanti...perjalanan kehidupan ini akan berkahir di sana...dan disana juga ditentukan samada manusia ke syurga @ ke neraka bergantung dgn amal mereka di dunia ini...ya Allah sangat takut...sekarang,musim meninggal mengejut...ada yg meninggal sebab xcident,sakit n dalam tidur...janji Allah itu benar..bile waktu itu dah sampai,xkan terawal atau terlewat sedikit pon..bagaimana persediaan kita untuk berjumpa empunya jasad,empunya langit dan bumi serta segala yg ada diantaranya........ya Allah banyaknyer dosa2ku ya Allah...bagaimana aku mahu mengadapMu dgn dosa yg bertimbun ini ya Allah...ampunkanlah dosa2 aku,dosa2 ibubapaku,dosa2 adik beradik kandung n adik beradik seperjuanganku,ampunkan dosa2 sahabat2 ku ya Allah....ampunkan dosa2 kami ya Allah...kami takut dengan azabMu,tapi kami xlayak untuk syurgaMu...ampunkanlah ya Allah dosa2 kami....

Namun sahabat2,selagi kita masih diberi nikmat hidup ini,gunakanlah sebaiknya...masih belum terlewat unt bertaubat atas segala dosa2 yg kita lakukan...masih ada masa unt mengubah diri menjadi yg lebih baik...memang sukar unt berubah...bukan mudah membuang tabiat lama...namun,tetapkanlah tekad HANYA KERANA ALLAH DAN RASULNYA....berhijrahlah keranaNya...mohon kekuatan n petunjuk darinya...moga2 diri kita di berkati n dirahmati di dunia n akhirat....andai kita sedar suatu hari nanti kita akan kembali kepada Allah,pasti kita akan berusaha unt berubah walau seberat mana pun mujahadah itu...kerana setiap kesulitan itu ada kemudahan...setiap kepahitan itu ada kemanisan...mujahadah itu pahit kerana syurga n redha Allah itu manis... 

Ya Allah tuhan yg menciptakan sekalian alam,yang memberikan aku segala nikmat,yg meminjamkan aku jasad yg sempurna ini,yg empunya segala kelebihan yg diberi pinjam kepada diri yg lemah ini..terima kasih ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini..terima kasih ya Allah...segala puji bagiMu tuhan sekalian alam..tak kan terbalas segala nikmat yg Kau berikan sekadar dengan ibadah yg aku lakukan...tak kan mampu aku bayar walaupon aku bersolat 100rakaat sehari ya Allah...ya Ghaffar,ampunkan dosa hambaMu ini...walaupon sebegitu banyak nikmat yg Kau berikan aku masih lalai dalam mengingatiMu..aku masih liat mengerjakan apa yg Kau suruh...aku masih degil unt meninggalkan apa yg Kau larang...ampunkan aku ya Allah kerana terpengaruh dgn hasutan nafsu n syaitan...lindungilah aku...bekalkan aku dengan limpahan iman...agar aku tabah mengahadapi dunia yg penuh dugaan ini ya Allah...agar nanti aku bisa meraih cinta n redhaMu....

Salam juang meraih redhaNya