Sunday, January 23, 2011

..SAMA TAPI TAK SERUPA..

Bismillahirrahmanirrahim

kita seringkali terlupa tentang dua perkara penting nie..antara mengumpat dan fitnah...apa bezanya??..ada beza ke???
ok...sebelum kita pergi lebih jauh,meh kita berkenalan dulu ngan uncle” fitnah” n aunty “mengumpat”...

Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud:

Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat

Apa plak maksud fitnah??

Fitnah ade 2 maksud:

1.Berita atau khabar angin yg tiada asasnya. Atau lebih dikenali sbg Al-Ifk atau al-fitan.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta (Al-Ifk) itu ialah segolongan dari kalangan kamu…” (Surah An-Nuur: ayat 11)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..” (Surah al-baqarah: ayat 193)

Jadi boleh disimpulkan, fitnah membawa maksud: perkara yg tiada asas, perkara yg tidak benar

2. Ujian, pancaroba dan yg semakna dgnnya

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah fitnah…" (Surah At-taghaabun: ayat 15)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian." (surah al-anfal: ayat 28)

Berhubung dgn HARAM hukumnya menimbulkan fitnah, ia merujuk kpd menyebarkan berita2 yg tidak ada asal usulnya.

Tengok-tengok macam xde bezakan??actually ade bezanya...

mengumpat nie, benda yang kita cerita tu betol,tapi kalau orang yang diumpat tahu,menyakiti hati dia dan dia akan marah.

Fitnah plak,memang sah2 cerita tu tak betoi...

Hukum mengumpat dan fitnah,sama..HARAM dan BERDOSA BESAR..

....HUKUM SAMA TAPI KESALAHAN TAK SERUPA....


Hurm...mesti ada yang pikir...susahnya...xboleh langsung lah kita cakap pasal orang...=’(...banyak2 nyer dosa saya....

Sabar-sabar...jangan cepat buat spekulasi...kita kaji dulu...

‘ISLAM  ITU MUDAH TAPI JANGAN PERMUDAHKAN’

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.<

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai

Tapi...zaman sekarang nie,banyak sangat benda-benda gini...sampai tak tahu mana satu btol n salah..kita tengok jer gosip-gosip artis...tangkap muatlah...melodilah...macam-macam...sampai uncle FITNAH n aunty MENGUMPAT nie seolah-olah macam dah jadi darah daging ...xbest kalau xde....sedarlah kita...benda nie dosa besar..kita buka aib orang...kita buat khabar2 angin sedangkan benda tu xbtol pon..konon-konon nak bantu selesaikan masalah...kalau nak bantu,bantu senyap-senyap...xperlulah hebohkan kat semua orang...ada perkara kita boleh bagitahu orang dan ada perkara tidak...kesan benda nie semua apa??? 1malaysia jadi 100malaysia....pecah belah...masalah hati bersepah-sepah...hai....macam mane nak pungut hati2 nie..

Ada plak yang tanya...kalau ngumpat pemimpin plak macam mana...kita tuduh orang tu rasuah lah...kaki minum lah...berjudi dan lain2?? Kalau situasi ni,kita pergi kat mengumpat yang dibenarkan point no 5..ade bukti kukuh then xpe...sebabnya...kita nie ada kuasa nak memilih sape pemimpin kita...so,kita kenalah tahu perangai die,sikap,peribadi...kalau salah pilih,kita jugak yang merana...untuk tahu bukti tu,amiklah dari sumber2 yang boleh dipercayai... contohnya ada fakta kes ke...ada 4 orang saksi yang nampak dengan jelas...@ paling senang,orang tu sendiri mengaku...


Akhir kalam,moga entri kali nie memberi manfaat pada kita...berhati-hati ketika berkomunikasi...ya Allah...bantu kami...maafkan kami atas segala dosa yang telah kami lakukan tanpa kami sengaja@dengan sengaja..yang tersembunyi@ yang nyata...ampunkan kami ya Allah...bimbing kami kearah redha dan syurgaMU...

No comments:

Post a Comment