Tuesday, April 5, 2011

~ SEBUAH EPISOD ~

                Menyusuri hari-hari yang seterusnya...rutin hari esok masih kekal sama seperti semalam.. dua susuk tubuh yang tak kenal erti putus asa.. dua susuk tubuh yang tetap sabar melalui rutin yang sama setiap hari.. memikul tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dan juga ibubapa.. tak pernah merungut tak pernah menyesal..Habis sesi persekolahan bergegas ke hospital, menjaga amanah dari Allah dengan penuh kasih sayang. Seawal jam 5 atau 6 pagi, bertolak pulang ke rumah, bersiap untuk menunaikan amanah pada masyarakat pula.

                Jika dulu rumah mereka itu riuh rendah dengan usik gurau, bersinar dengan sinaran bahagia kasih sayang, sekarang hanya tinggal kenangan dan harapan. Rumah itu terbiar lesu akibat perbuatan manusia durjana. Apalah faedahnya sifat dengki dan dendam yang bermaharajalela. Tak pernah puas dengan apa yang dikurniakan Allah padanya, hingga sanggup melihat penderitaan darah daging sendiri. Apalah yang di mengerti oleh insan yang berumur 16tahun untuk menghadapi penderitaan itu. Kejam dan zalim nya manusia itu.

                Namun, dua insan itu menganggap segalanya adalah ujian Yang Maha Esa. Biarlah beribu duit habis asalkan buah hati nya kembali sihat dan ceria. Biarlah mereka terpaksa bersusah payah berulang alik ke hospital, asalkan anak mereka dapat hidup seperti remaja yang lain. Biarlah tidur dikaki lima asalkan dapat melihat kembali senyuman di wajah anak bongsunya.

Buat Ayahanda dan Bonda tercinta,

                Yakin lah dengan janji Allah bahawa Dia takkan menguji manusia itu jika mereka tak mampu. Yakinlah bahawa ujian dalam kehidupan itu sangat manis rasanya, sangat bernilai harganya. Yakinlah bahawa Allah mengetahui apa yang tak kita ketahui. Yakinlah setiap kejadian Allah itu tak pernah sia-sia kerna pasti ada hikmah yang tersembunyi bagi mereka yang berfikir. Segalanya telah diaturkan Sang Pencipta. Cuma kita punya pilihan bagaimana untuk kita mengahadapi aturan dan ketetapan itu. Menghadapinya dengan sabar atau menyalahkan takdir. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah mengizinkan perkara itu terjadi mungkin untuk kita kembali mengingatiNya. mungkin untuk kita kembali menjahit tikar sejadah yang koyak. 

Bersabarlah ayahanda dan bondaku, doa untuk kalian dan dinda ku Mohd Haziq Hanif, sentiasa kutitipkan. Maafkan anakanda kerna tak mampu mengurangkan beban yang kalian tanggung. Hanya semangat dan doa yang anakanda mampu berikan setakat ini. Ketahui lah ayahanda dan bonda, jasa kalian, pengorbanan kalian, susah payah kalian takkan anakanda lupakan. Walaupon bukan jasad anakanda yang jadi taruhan permainan syaitan itu, tapi anakanda tetap anak. Maaf kan anakanda atas segala kekurangan. Moga Allah membalas segalanya dengan syurga firdausi. K.teh sayang mak abah kerana Allah.

Lagu ini ateh tujukan khas untuk mak, abah, adik,adik beradik dan sahabat-sahabat..
“..ujian itu adalah cubitan sayang dariNya..ujian itu ibarat gula dalam minuman..ibarat garam dalam masakan..”



               

                 

No comments:

Post a Comment