Wednesday, April 6, 2011

~ PART 1 ~

...NOKTAH PERJUANGAN...

         Menatap wajah-wajah sahabat seperjuangan sebelum berpisah. Entah kenapa hiba meruntun jiwa. Terasa sayu untuk meninggalkan dan ditinggalkan mereka. Melihat gelak tawa dan senyum manis mereka menjadi penawar duka dalam menempuh dunia yang penuh ranjau di bumi Kuantan ini. Inilah erti ukhuwah atas dasar Aqidah. Rasa kasih dalam menggapai matlamat perjuangan nan satu.


         Namun begitu, pelbagai pertanyaan menari-nari di benakku. Aku tidak faham, mengapa masih ada yang tak menghargai ikatan itu. “Emosi didahulukan Merajuk diutamakan”. Kadang-kadang terfikir, apa puncanya berlaku sedemikian rupa? Ya, sunnatullahnya, manusia punya hati dan boleh terasa dengan apa-apa jua keadaan. Namun, manusia juga punya pilihan ketika itu untuk membiarkan perasaan terasa itu menjadi bagai sebuah gunung berapi pendam atau membuka hati untuk menerima keadaan tersebut dan memaafkan sahabat. 

Elemen Maaf. Perkataan tersebut paling senang dilafazkan tapi paling susah dipraktik kan. Kenapa pentingnya maaf dan memaafkan dalam kehidupan ini? Tak lain tak bukan untuk membersihkan jiwa dan hati. Jika kita telah melukakan hati sahabat, adakah selepas itu rasa bahagia yang datang? Adakah sesudah itu kita rasa tenang berhadapan dengan Allah?sudah tentu tidak. “HablumminAllah, wa HablumminAnnas”. 

Jadi, sewajarnya orang yang faham bahawa mereka bersatu dan berukhuwah atas dasar kalimah mulia “tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhnya”, mereka tahu cara untuk menangani masalah hati ini. Meletakkan perasaan dihadapan akal yang waras hanya akan merosakkan sebuah hubungan yang suci. Ingat lah hukum 10 : 90...10% yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir ketetapan dari Allah. Tetapi 90% lagi adalah respon kita terhadap takdir tersebut. Pilihan terletak ditangan kita. Kita mahu bahagia,respon dengan ketenangan akal fikiran. Kita mahu diselubungi kesedihan, responlah dengan emosi yang tak menentu. Tak percaya, cubalah hari ini!!


***




No comments:

Post a Comment