Sunday, March 2, 2014

Duniaku

          Iringan irama minus one ‘Kau Ilhamku’ terus berkumandang mengisi ruang compartment yg sederhana. Cahaya matahari mula bersinar menerpa wajah yg masih berbaring. Otak ligat berfikir cuba memberi impulse pada neuron-neuron untuk bersambung.

          Sudah 4 tahun rupanya aku disini. Menghirup udara disini. Meronggeng dan bersiar-siar disini. Mana kedai makan yg aku xtahu disini, rasanya semua da rasa. Mana masjid yang aku x menjelajah? (banyak lg kot..hehe) Apa-apa pun, di sinilah kenangan dan memori yg ku ukir dan terpahat payah untuk dilupakan. Bersama teman-teman seperjuangan. Biarpun berbeza usia.

          Awan menutup sinaran pancaran matahari, menjadikan bilik ini redup seredup hati ini. Memikirkan cabaran di luar membuat diri ini rasa kerdil. Ya Allah, Ya Qawi, kurniakan kekuatan buat hambaMu yang lemah ini. Aku masih perlu menggalas tanggungjawab sebagai umat Muhammad.. menyebarkan agama Islam yang mulia. Aku masih punya tanggungjawab sebagai seorang anak..

          Gelap malam akan diganti dengan siang. Hujan akan diganti dgn pelangi yang dinanti. Itulah kehidupan. Sentiasa berputar seperti berputarnya alam. Yang beza adalah kita diberi pilihan untuk memilih. Kita diberi akal untuk berfikir. Kita diberi kudrat untuk berusaha. Nikmat Allah yang mana satukah yang kamu mampu dustakan wahai manusia. Allah… Allah.. Andai aku tersasar dari jalanMu, kembalikan aku.. Andai aku jauh dariMu, berilah aku taufiq dan hidayahMu untuk aku kembali..


          Moga pagi ini memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Aku xmungkin tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Tetapi aku masih ada hari ini untuk melakukan segala perkara yang mungkin esok bukan milikku lagi.  Rahmati Aku ya Allah bersama insan-insan disekelilingku. Rahmat untuk semua.

Thursday, May 30, 2013

Untuk Sahabat Dari Sahabat

Sajak khas buat sahabat2x yang akan meninggalkan bumi UIAM Kuantan..



UNTUK YANG BERGELAR PEJUANG


Ke hulu ke hilir ku berjalan,
Mencari hala tujuan,
Menongkah arus kehidupan,
Mengenal watak dan peranan,
Membongkar hakikat penciptaan,
Meneroka keindahan,
Menimba Ilmu dan pengalaman..

Ke hulu ke hilir ku berkelana,
Adakalanya aku terlena,
Ada masanya aku terpesona,
Tertipu dek suasana,
Yang pada hakikatnya hanyalah… FATAMORGANA

Penerus mata rantai pejuangan Rasulullah,
Sesungguhnya jalan yang dipilih ini,
Bukanlah setenang sir dikali,
Malah penuh dengan onak dan duri,
Tambah dengan visrus dunia,
Kadang tersadung, Kadang berdarah,
Sering juga kita terluka,
Malah pernah bersilang kata,
TETAPI
Usah biarkan is menodai ukhuwah kita,
Malah jadikan ia sebagai wasilah,
Mematangkan diri dalam dunia penuh pancaroba..
Sahabatku, pendokong agama Allah,
Di sebalik kepayahan pasti terselit kesenangan,
Disebalik musibah pasti ada hikmah,
Walau perjuangan ini tak dibentangkan hamparan mewah,
Namun bukan keindahan sementara ini yang kita impikan,
TETAPI
Nun jauh disana yang abadi dan hakiki,
Kita dambakan

Ya Allah, kurniakan kami kecekalan, ketabahan dan keyakinan,
Seperti mana para sahabat dan anbiya’,
Dikala kami diuji dalam tarbiyahMU,
Sesungguhnya syahid yang kami impi,
SYurga yang kami idami,
Redhamu yang kami cari,
Janganlah KAU biarkan kami,
Dibelenggu dan dicengkan nafsu kami sendiri,
Rahmatilah kehidupan kami,
Disini dan didunia abadi..
 

 

Monday, June 25, 2012

Kenangan Terindah

I miss her so much...but I can only give her my prayer...I wonder how's ur life there...I donno why I feel so lonely when I'm thinking of you...Ya Allah bless her...forgive her and place her with solihin...I love you and will always pray for you...This song is for you...

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

Gone so soon 

Tuesday, May 15, 2012

16 mei 2012


Hari bersejarah dalam hidupku.. tidak seperti hari-hari yang lain. malam dibasahi peluh menahan kepanasan. Cornea terbuka luas menguji kecekapan rods (photoreceptor) mengesan pergerakan dengan cahaya yang malap. Ya, malam ni, kami bergelap satu UIA kuantan.. berbekalkan lampu meja dan ditemani bunyi unggas malam aku melakarkan kata-kata ini..

Sahabat2x optometry 2nd year,
Sangat2x menyanyangi kamu semua...sangat2x... penawar duka, teman gembira, pendengar setia, teman merajuk.. kenangan yang tak dapt dibeli dengan harta dan permata..

Terima kasih unt malam ni.. di saat org lain mengharung dugaan malam tanpa letrik, kita makan di Casper =).. nyanyi lagu Allah selamatkan kamu ramai2x.. paling xtahan TERsuka plak tyme tuan izzat menang.. hehe.. t kita cari restoran yg semua pompuan jek..=)

Apa-apa pun hope ikatan hati dan iman kita berkekalan hingga ke akhir hayat.. doaku moga kita berjumpa lagi di syurga nan abadi..
Sayang kamu semua kerana Allah..
GOOD LUCK FOR THE BECOMING EXAM!!

Thursday, January 12, 2012

Kejadian 12.15 am, 13 Januari 2012


Tika lalai dibuai mimpi-mimpi indah duniawi

Tika dihembus janji-janji manis dalam kehidupan

Saat masa dibuang dengan keindahan sementara

Saat jiwa kosong dariNya

Aku terkaku..lidah ku kelu..fikiran ku kacau...

Bibit-bibit mutiara mula terbit di pelupuk mata...


Ya Allah...

Kenapa AKU???

Kenapa AKU..ya Allah....

Engkau lebih tahu tentang aku berbanding mereka...

Kenapa aku yg KAU pilih.....

Antara hamba-hambaMu yg lebih solehah, yg lebih berkemampuan...

Kenapa AKU ya ALLAH....

Apa hikmah semua ini...

Dosaku bertimbun...ibarat buih dilautan...bagai titisan air tika hujan...


Bagaimana aku mampu memimpin mereka ya Allah....
Dengan dosa-dosa ini....Allah....

Bagaimana aku mampu memberi contoh yg terbaik
Dengan segala macam penyakit-penyakit hati ini...Allah...

Bagaimana aku mampu memberi tunjuk ajar
Dengan kekurangan dan ceteknya ilmu ku ni....Allah...



Saat ini...ketika ini....waktu ini....

Siapalah yg lebih mengetahui apa yg terpendam dalam hati ini melainkan Engkau....

Berikanlah yg terbaik unt ku...

Supaya nanti kita bersua dalam tenang...


Sunday, December 18, 2011

~Bila ada kerja, tapi tak tahu nak buat apa~

Saat hujan turun dan membasahkan baju yg kita sidai, kita salahkan hujan...”isykh hujan ni, tyme nilah nak turun”

Saat panas terik mentari ketika berjalan, kita salahkan matahari.. “ kenapalah panas sangat”

Saat assingment group di condem kita marahkan orang lain kerana tak ikut citarasa kita..”kan aku dah cakap bukan macam ni, jgn mcm tu....”

Bila asingment x siap, kita salahkan kerja-kerja lain yg kita buat...

Manusia  suka mengeluh.........

Perlukah mengeluh..perlukah salahkan orang lain...setiap yg terjadi mengajar kita sesuatu...apa yg kita sangka baik unt kita x semestinya baik...

Kenapa Allah bagi hujan?kenapa Allah bagi matahari? Bayangkan tanpa hujan n matahari, bolehkah kita hidup di dunia ini??

Kenapa Allah bagi kesusahan kat kita? Hidup tanpa ujian cam hidup makan nasi n lauk yg sama tiap2x hari..ujian itu mewarnakan hidup kita...cara kita menangani masalah x semestinya betul setiap masa...kalau cara kita salah,kita belajar sesuatu darinya...life is experiment...we learn from that...

Hidup ada pilihan..kita yg memilihnya...setiap action kita, ada sebab kita buat...biarlah xbetul kat mata owg lain...kalau kita rasa betul, just do it...n kena berani berdepan dengan consequences yg akan kita terima=)

Tuesday, May 10, 2011

LIWAT,ZINA:MAHASISWA MESTI BERPEGANG PADA PRINSIP

Tulisan ini diambil dari nukilan sahabat saya..Presiden Maaruf Club IIUM Gombak, Mohd Eikhwan M.Ali..




Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.



[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.

[2] Islam juga melarang ummatnya berprasangka (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Larangan tersebut kerana prasangka mendatangkan bahaya dan menyusahkan ramai orang. Bagi mengelakkan wujudnya prasangka, maklumat-maklumat atau berita-berita tentang sesuatu perkara mestilah diambil daripada sumber yang benar dan beretika. Adapun sumber-sumber yang tidak memelihara etika dan sengaja mewujudkan persepsi negatif (sangkaan jahat), mestilah diboikot dan ditentang.

[3] Perbuatan fitnah dan menyebarkannya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah, kedua-duanya menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. (Surah an-Nur, 24 : 11). Perbuatan meneruskan agenda fitnah dan penyebarannya adalah suatu perisytiharan terbuka terhadap perasaan tidak takut terhadap azab Allah s.w.t. Orang-orang sebegini mestilah dinasihati dan disekat daripada terus mendatangkan huru-hara dalam masyarakat.

[4] Sikap yang mesti dipegang oleh orang-orang yang beriman apabila berhadapan dengan berita fitnah ialah segera menafikan berita tersebut dan memberhentikan aliran penyebarannya (Surah an-Nur, 24 : 12, 16). Sikap ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan membincangkannya secara terbuka (melaluli media cetak dan elektronk) hanya akan menggalakkan lagi penyebaran berita fitnah tersebut. Sudah pasti, cara tersebut adalah suatu perbuatan yang tercela dan membelakangkan cara yang ditentukan oleh Alla s.w.t.

[5] Bagi mendakwa seseorang melakukan zina (atau liwat) mestilah dengan mendatangkan 4 orang saksi (Surah an-Nur, 24 : 13) yang adil dan tidak fasik. Jika gagal mengemukakan saksi, orang yang dituduh bebas daripada sabitan kesalahan tersebut bahkan orang yang membuat pertuduhan akan (mesti) dihukum. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah selagi tidak disabitkan kesalahan tersebut setelah dikemukakan 4 orang saksi dan mestilah diberikan haknya, dilayan sebagai orang yang tidak bersalah dan dibersihkan namanya.

[6] Bersumpah dengan nama Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) adalah bertujuan untuk membersihkan nama seseorang daripada sebarang tohmahan dan ia bukannya suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Beerti sumpah adalah terletak pada orang yang dituduh bukannya pada orang yang menuduh. Sumpah tersebut pula mestilah dilakukan di dalam mahkamah dan dengan arahan daripada hakim. Sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa dan dilakukan di luar mahkamah adalah bukan daripada kaedah Islam.

[7] Kaedah yang paling tepat dalam menyelesaikan kemelut ini ialah dengan menurut kaedah Islam iaitu melalui hukum Qazaf. Kaedah-kaedah lain hanya akan memanjangkan dan mengkusutkan lagi kemelut ini serta menunjukkan sikap tidak ikhlas dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut bahkan seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’.

Wallahua’lam.