Sunday, April 10, 2011

..:: Tsunami Malaysia ::..



Pelajar A : Ada ke tsunami kat malaysia baru-baru ni??

Pelajar B : haruslah ada.....

....Pelajar A terdiam...dan berfikir...

Pelajar B : nak tahu??? Baca nie...

Sahabat-sahabat yang dimuliakan,

Sedar kah kita tsunami di Malaysia telah lama melanda?? Jika kita di gemparkan dengan tsunami di Jepun setinggi 9.0 skala ritcher, radiasi yang melanda teruk, dan letupan loji nuklear, di Malaysia apa kurangnya...tsunami pembuangan anak...radiasi politik songsang...letupan institusi kekeluargaan...malah bencana alam di malaysia ini lebih teruk jika dibandingkan dengan Jepun...di Jepun, yang musnah adalah teknologi, tapi di Malaysia yang punah adalah jati diri...yang hancur adalah moraliti...saban hari mendengar kes ibu tak mengaku anak, anak bunuh ibu, cikgu pukul murid, murid belasah cikgu, video lucah, pemimpin rasuah, bunuh diri, buang anak, zina dan macam-macam lagi..segalanya sudah menjadi makanan ruji kita... bukan kah tsunami Malaysia lebih teruk??..

Atas kata kunci “pembangunan teknologi didahulukan, pancing undi diutamakan”..saya secara peribadinya cukup terkilan dengan pemimpin masa kini. Rata-rata hanya mahu mengukuhkan kedudukan sendiri..rata-rata hanya mahu namanya disebut kerana membina teknologi itu, menyediakan infrastruktur ini..kepentingan rakyat diketepi..asalkan dapat nama, biarlah apa nak jadi.. “ade aku kesah?”...sedih melihat prinsip ini yang diguna pakai pemimpin...

Dimana perancangan untuk membangunkan MORAL dan AKHLAQ masyarakat???Tidakkah mereka sedar, berjuta mana pon wang yang mereka salurkan untuk pembangunan teknologi akan lenyap begitu sahaja jika MORAL rakyat diabaikan...saya bagi contoh..satu pondok telefon didirikan disebuah kawasan, namun disebabkan remaja disitu tak bermoral, maka mereka merosakkan pondok telefon tersebut untuk mencuri kabel dan sebagainya..pemimpin dikawasan tersebut membaiki pondok telefon tersebut tapi remaja tersebut merosakkannya kembali...baiki,rosak,baiki,rosak...sampai bila cerita itu akan tamat??? ya, cerita akan tamat jika remaja itu bermoral dan berakhlaq...

Ketika berkempen, saya akan buat ini jika saya menang, buat itu jika saya dipilih..tetapi jika akhlaq dan jati diri masyarakat entah kemana..berguna lagi kah pembangunan tersebut??saya tak menafikan pembangunan teknologi itu banyak faedahnya..memberi keselesaan...tapi pembangunan spiritual juga perlu diutamakan. Tak cukup sekadar mengharapkan guru disekolah andai suasana dan budaya songsang masih berleluasa. 

Jika kerajaan pernah berjaya menghapuskan Al-Arqam hingga ke akar umbi..kenapa kerajaan tak mampu menghapuskan Fahaman gothic?? Fahaman hedonisme??? dan sebagainya...jika kerajaan sanggup mengangkat senjata di Memali kononya mereka itu pengganas, kenapa kerajaan tak mampu nak mengangkat senjata kepada kumpulan Along??kepada pengeluar Cd dan Vcd lucah??kepada kelab-kelab malam???...kenapa dan mengapa??? Saya tak punya jawapan...hanya mereka yang mampu menjawabnya....

Ini belum lagi cerita tentang pepecahan institusi kekeluargaan..keruntuhan integriti masyarakat Melayu dan Islam..kemusnahan akhlaq remaja..kepincangan institusi pendidikan dan sebagainya...saya bukanlah mencari salah sesiapa, tapi saya cuba berfikir secara matang dan rasional..mencari punca dan jalan penyelesaian...sebak melihat dan memikir nasib anak bangsa sendiri..sama-samalah kita MENCARI JALAN PULANG..kerna...walau dimana pun kita berada, walau setinggi mana pun jawatan yang kita miliki, walau segunung harta yang kita perolehi, hanya iman bekal untuk dibawa mati..renung-renungkanlah... 
tawakal??



·         Masuk ke dewan peperiksaan walaupon tak habis agi baca
·         Teruskan berpuasa walaupon tak sahur
·         Pergi shopping walaupon duit ade rm10 je
·         Tulis blog walaupon sok nak exam
·         Sidai baju walaupon langit mendung
·         Teruskan hidup walaupon tak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari



Tanpa kita sedar, tawakal itu mengajar kita buat sesuatu yang diluar jangkaan kita. Mengajar kita erti pergantungan pada DIA..melatih kita untuk hidup tanpa orang-orang yang selalu menyanyangi kita dan mengambil berat tentang kita.. tawakal itu ibarat garam dalam masakan.. takkan terasa sedap tanpa garam.. tapi kalau ade garam takde makanan pon tak jadi juga.. makanan itu lah usaha..setiap usaha diselangi dengan tawakal..itulah resepi kejayaan.. fikir-fikir kan dan selamat beramal..(^_^)


~muhasabah diri~

Wednesday, April 6, 2011

~ PART 1 ~

...NOKTAH PERJUANGAN...

         Menatap wajah-wajah sahabat seperjuangan sebelum berpisah. Entah kenapa hiba meruntun jiwa. Terasa sayu untuk meninggalkan dan ditinggalkan mereka. Melihat gelak tawa dan senyum manis mereka menjadi penawar duka dalam menempuh dunia yang penuh ranjau di bumi Kuantan ini. Inilah erti ukhuwah atas dasar Aqidah. Rasa kasih dalam menggapai matlamat perjuangan nan satu.


         Namun begitu, pelbagai pertanyaan menari-nari di benakku. Aku tidak faham, mengapa masih ada yang tak menghargai ikatan itu. “Emosi didahulukan Merajuk diutamakan”. Kadang-kadang terfikir, apa puncanya berlaku sedemikian rupa? Ya, sunnatullahnya, manusia punya hati dan boleh terasa dengan apa-apa jua keadaan. Namun, manusia juga punya pilihan ketika itu untuk membiarkan perasaan terasa itu menjadi bagai sebuah gunung berapi pendam atau membuka hati untuk menerima keadaan tersebut dan memaafkan sahabat. 

Elemen Maaf. Perkataan tersebut paling senang dilafazkan tapi paling susah dipraktik kan. Kenapa pentingnya maaf dan memaafkan dalam kehidupan ini? Tak lain tak bukan untuk membersihkan jiwa dan hati. Jika kita telah melukakan hati sahabat, adakah selepas itu rasa bahagia yang datang? Adakah sesudah itu kita rasa tenang berhadapan dengan Allah?sudah tentu tidak. “HablumminAllah, wa HablumminAnnas”. 

Jadi, sewajarnya orang yang faham bahawa mereka bersatu dan berukhuwah atas dasar kalimah mulia “tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhnya”, mereka tahu cara untuk menangani masalah hati ini. Meletakkan perasaan dihadapan akal yang waras hanya akan merosakkan sebuah hubungan yang suci. Ingat lah hukum 10 : 90...10% yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir ketetapan dari Allah. Tetapi 90% lagi adalah respon kita terhadap takdir tersebut. Pilihan terletak ditangan kita. Kita mahu bahagia,respon dengan ketenangan akal fikiran. Kita mahu diselubungi kesedihan, responlah dengan emosi yang tak menentu. Tak percaya, cubalah hari ini!!


***




Tuesday, April 5, 2011

~ SEBUAH EPISOD ~

                Menyusuri hari-hari yang seterusnya...rutin hari esok masih kekal sama seperti semalam.. dua susuk tubuh yang tak kenal erti putus asa.. dua susuk tubuh yang tetap sabar melalui rutin yang sama setiap hari.. memikul tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dan juga ibubapa.. tak pernah merungut tak pernah menyesal..Habis sesi persekolahan bergegas ke hospital, menjaga amanah dari Allah dengan penuh kasih sayang. Seawal jam 5 atau 6 pagi, bertolak pulang ke rumah, bersiap untuk menunaikan amanah pada masyarakat pula.

                Jika dulu rumah mereka itu riuh rendah dengan usik gurau, bersinar dengan sinaran bahagia kasih sayang, sekarang hanya tinggal kenangan dan harapan. Rumah itu terbiar lesu akibat perbuatan manusia durjana. Apalah faedahnya sifat dengki dan dendam yang bermaharajalela. Tak pernah puas dengan apa yang dikurniakan Allah padanya, hingga sanggup melihat penderitaan darah daging sendiri. Apalah yang di mengerti oleh insan yang berumur 16tahun untuk menghadapi penderitaan itu. Kejam dan zalim nya manusia itu.

                Namun, dua insan itu menganggap segalanya adalah ujian Yang Maha Esa. Biarlah beribu duit habis asalkan buah hati nya kembali sihat dan ceria. Biarlah mereka terpaksa bersusah payah berulang alik ke hospital, asalkan anak mereka dapat hidup seperti remaja yang lain. Biarlah tidur dikaki lima asalkan dapat melihat kembali senyuman di wajah anak bongsunya.

Buat Ayahanda dan Bonda tercinta,

                Yakin lah dengan janji Allah bahawa Dia takkan menguji manusia itu jika mereka tak mampu. Yakinlah bahawa ujian dalam kehidupan itu sangat manis rasanya, sangat bernilai harganya. Yakinlah bahawa Allah mengetahui apa yang tak kita ketahui. Yakinlah setiap kejadian Allah itu tak pernah sia-sia kerna pasti ada hikmah yang tersembunyi bagi mereka yang berfikir. Segalanya telah diaturkan Sang Pencipta. Cuma kita punya pilihan bagaimana untuk kita mengahadapi aturan dan ketetapan itu. Menghadapinya dengan sabar atau menyalahkan takdir. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah mengizinkan perkara itu terjadi mungkin untuk kita kembali mengingatiNya. mungkin untuk kita kembali menjahit tikar sejadah yang koyak. 

Bersabarlah ayahanda dan bondaku, doa untuk kalian dan dinda ku Mohd Haziq Hanif, sentiasa kutitipkan. Maafkan anakanda kerna tak mampu mengurangkan beban yang kalian tanggung. Hanya semangat dan doa yang anakanda mampu berikan setakat ini. Ketahui lah ayahanda dan bonda, jasa kalian, pengorbanan kalian, susah payah kalian takkan anakanda lupakan. Walaupon bukan jasad anakanda yang jadi taruhan permainan syaitan itu, tapi anakanda tetap anak. Maaf kan anakanda atas segala kekurangan. Moga Allah membalas segalanya dengan syurga firdausi. K.teh sayang mak abah kerana Allah.

Lagu ini ateh tujukan khas untuk mak, abah, adik,adik beradik dan sahabat-sahabat..
“..ujian itu adalah cubitan sayang dariNya..ujian itu ibarat gula dalam minuman..ibarat garam dalam masakan..”