Sunday, January 23, 2011

..SAMA TAPI TAK SERUPA..

Bismillahirrahmanirrahim

kita seringkali terlupa tentang dua perkara penting nie..antara mengumpat dan fitnah...apa bezanya??..ada beza ke???
ok...sebelum kita pergi lebih jauh,meh kita berkenalan dulu ngan uncle” fitnah” n aunty “mengumpat”...

Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud:

Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat

Apa plak maksud fitnah??

Fitnah ade 2 maksud:

1.Berita atau khabar angin yg tiada asasnya. Atau lebih dikenali sbg Al-Ifk atau al-fitan.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta (Al-Ifk) itu ialah segolongan dari kalangan kamu…” (Surah An-Nuur: ayat 11)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..” (Surah al-baqarah: ayat 193)

Jadi boleh disimpulkan, fitnah membawa maksud: perkara yg tiada asas, perkara yg tidak benar

2. Ujian, pancaroba dan yg semakna dgnnya

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah fitnah…" (Surah At-taghaabun: ayat 15)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian." (surah al-anfal: ayat 28)

Berhubung dgn HARAM hukumnya menimbulkan fitnah, ia merujuk kpd menyebarkan berita2 yg tidak ada asal usulnya.

Tengok-tengok macam xde bezakan??actually ade bezanya...

mengumpat nie, benda yang kita cerita tu betol,tapi kalau orang yang diumpat tahu,menyakiti hati dia dan dia akan marah.

Fitnah plak,memang sah2 cerita tu tak betoi...

Hukum mengumpat dan fitnah,sama..HARAM dan BERDOSA BESAR..

....HUKUM SAMA TAPI KESALAHAN TAK SERUPA....


Hurm...mesti ada yang pikir...susahnya...xboleh langsung lah kita cakap pasal orang...=’(...banyak2 nyer dosa saya....

Sabar-sabar...jangan cepat buat spekulasi...kita kaji dulu...

‘ISLAM  ITU MUDAH TAPI JANGAN PERMUDAHKAN’

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.<

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai

Tapi...zaman sekarang nie,banyak sangat benda-benda gini...sampai tak tahu mana satu btol n salah..kita tengok jer gosip-gosip artis...tangkap muatlah...melodilah...macam-macam...sampai uncle FITNAH n aunty MENGUMPAT nie seolah-olah macam dah jadi darah daging ...xbest kalau xde....sedarlah kita...benda nie dosa besar..kita buka aib orang...kita buat khabar2 angin sedangkan benda tu xbtol pon..konon-konon nak bantu selesaikan masalah...kalau nak bantu,bantu senyap-senyap...xperlulah hebohkan kat semua orang...ada perkara kita boleh bagitahu orang dan ada perkara tidak...kesan benda nie semua apa??? 1malaysia jadi 100malaysia....pecah belah...masalah hati bersepah-sepah...hai....macam mane nak pungut hati2 nie..

Ada plak yang tanya...kalau ngumpat pemimpin plak macam mana...kita tuduh orang tu rasuah lah...kaki minum lah...berjudi dan lain2?? Kalau situasi ni,kita pergi kat mengumpat yang dibenarkan point no 5..ade bukti kukuh then xpe...sebabnya...kita nie ada kuasa nak memilih sape pemimpin kita...so,kita kenalah tahu perangai die,sikap,peribadi...kalau salah pilih,kita jugak yang merana...untuk tahu bukti tu,amiklah dari sumber2 yang boleh dipercayai... contohnya ada fakta kes ke...ada 4 orang saksi yang nampak dengan jelas...@ paling senang,orang tu sendiri mengaku...


Akhir kalam,moga entri kali nie memberi manfaat pada kita...berhati-hati ketika berkomunikasi...ya Allah...bantu kami...maafkan kami atas segala dosa yang telah kami lakukan tanpa kami sengaja@dengan sengaja..yang tersembunyi@ yang nyata...ampunkan kami ya Allah...bimbing kami kearah redha dan syurgaMU...

Friday, January 7, 2011

BINGKISAN HATI

Bismillahirrahmanirrahim
07.01.11( JUMAAT )

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke tahun 2011.. Alhamdulillah sedar x sedar sudah hampir 22 tahun Allah memberi aku ruang untuk hidup di dunia ini.. terima kasih yaAllah...

Namun,jika dihitung nikmat yang Allah beri padaku untuk kehidupan 21 tahun 5bulan 12 hari ini...xmampu ku luahkan dengan kata-kata....nikmat oksigen yang kecil tapi besar impaknya dalam hidup...setiap milisaat dikurniakan oleh Allah tanpa jemu pada hambaNya...tapi berapa banyak aku bersyukur??? Nikmat kesihatan...nikmat masa lapang...nikmat usia muda...kemana telah ku bazirkan setiap minit yang diberikan kepadaku????tertekan rasa jiwa...waktu yang dipinjamkan ini...sedikit sekali aku gunakan untuk mengingati Yang Maha Esa...malunya aku nak berhadapan denganMu nanti...sedangkan semakin meningkat hari...semakin dekat detik-detik aku akan bertemuMu...Cuma ku xtahu bila waktu itu akan tiba...Allah....alangkah sedih bila mengenangkan segala yang aku lakukan...berapa banyak dosa aku....berapa banyak terlalai dan terleka dengan dunia...terlalu rakus mengejar dunia yang sementara...
Allah ampunkan daku...

                Selama 21 tahun 5 bulan 12 hari ini....telah terlaksanakah kewajipan aku pada kedua ibubapaku??? Selama kehidupan ini,telah terlangsaikah hutang piutang ku??? Selama dipinjamkan waktu ini telah bertambahkah amalanku??atau makin meningkat dosaku???Allah...aku takut nak berjumpa denganMU....ilmu xseberapa...ibadah entah kemana...apalah yang aku akan bawa berjumpaMU kelak...

                Bila melihat generasi hari ini,dadaku semakin sesak...apa yang telah aku lakukan pada mereka...257 000 anak luar nikah dilahirkan sepanjang tahun 2000-2008...secara puratanya,setiap bulan 2500 anak2 tak berdosa ini lahir...bermaksud...setiap 17 minit 17 saat satu kes anak luar nikah dilaporkan di malaysia...Allah...ini baru yang dilaporkan...berapa banyak lagi kes yang x dilaporkan...Allah..berapa banyak usaha aku untuk meyedarkan mereka ini...mereka adalah tanggungjawab aku...apa yang telah aku lakukan??seronok bermain FB,belajar untuk segulung ijazah,berbual kosong,bersenang-senang berada di zon selesa...argh.......ku bazirkan lagi waktu ku sedangkan amanah ini belum terlaksana...

                Aku xsanggup lagi membiarkan masa itu berlalu...xsanggup lagi membiarkan airmata ibu2 mengalir kerana derhaka seorang anak...xsanggup melihat generasi pelapisku kian jauh dari ISLAM...xsanggup menatap rintihan anak-anak yang lahir  tak berbapa...xsanggup membiarkan kezaliman pembuangan anak...ya Allah aku xsanggup.........

                Ya Allah aku lakukan sedaya mampuku...cuba menyedarkan hati-hati yang inginkan kebenaran...ya Allah jadikanlah aku orang yang bertaubat....jadikan aku orang yang berilmu dan mengamalkannya...jadikan aku pejuang agamaMU...

                Moga bingkisan ini menyedarkan diriku dan dirimu sahabat2...peri pentingnya DAKWAH...peri pentingnya MANFAATkan MASA...sampai bila kita mahu berdiam diri...sampai bila kita mahu undang-undang dan manusia menakutkan kita untuk menegakkan agama ALLAH?? Bukan disini tempatnya untuk kita berehat...bukan disini masanya untuk kita berputus asa...ujian itu pasti..andai MUHAMMAD tercinta diuji...apatah lagi kita hamba kerdil ini...kuatkan akar keimanan dengan ilmu ISLAM yang benar...mantapkan dengan IBADAH yang sohih...tunjukkan AKHLAQ MUSLIM yang sebenar...jangan jadi umat islam yang menghijab penyebaran agama islam sendiri...ingatlah diriku dan sahabat-sahabat...kita punya pilihan...untuk terus berada di takuk yang lama...atau BANGKIT merubah diri dan orang lain...yang pasti...KEMATIAN itu datang tanpa kita ketahui...mungkin malam ini...mungkin lusa,bulan depan....tidak siapa yang mengetahuinya...Ayuh persiapkan bekalan untuk berjumpa RAJA SEGALA MANUSIA....ingatlah ikrar yang kita lafazkan 5 kali sehari “SESUNGGUHNYA,SOLATKU,AMALANKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM”

Ya Allah berkatilah usaha-usaha kami..hanya Kau yang mampu mengetuk hati-hati mereka...memandu mereka ke jalan yang benar...bantulah kami dalam dakwah kami...bantulah kami dalam islah diri kami sendiri...Islam itu pasti tertegak...moga kami adlah diantara orang yang membantu menegakkannya...bukan sekadar melihat...bukan sekadar bercakap...tapi dipraktikkan dalam kehidupan kami...tetap dan thabatkan kami dalam agama mulia ini iaitu ISLAM..dan teguhkan kami dalam jalan dakwah kami...permudahkan urusan kami dunia dan akhirat...ya Allah,kami teringin bertemu nabiku Muhammad S.A.W..mendengar kata-kata azimat darinya..alangkah indahnya saat itu ya Allah..walaupun rasa diri ini tak layak untuk itu semua...namun...itulah saat paling manis...berada disisi baginda..berikan kami ruang dan peluang untuk mengamalkan sunnahnya...ampunkan dosa kami ya Ghaffar..AMIN...

Wednesday, November 10, 2010

Hanya kerana sehelai kertas.............

Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat...
Akhirnya...berakhir jua peperiksaan yg memeritkan....
Biarlah ku gantung harapan hanya pada Yang Esa...
Sungguh aku telah berusaha sedaya upaya...
Tapi aku xkan mampu melawan takdir yg telah ditetapkan olehNya...
Moga aku tergolong antara orang2 yg sentiasa redha dengan ketentuanNya...
 
Kadang2 hanya kerana sehelai kertas itu..
Kita terlupa untuk bersujud pada Yang Maha Esa..
Rasa masa yang kita ada x cukup unt berzikir padaNya..
Tak punya ruang unt membaca kitabNya..
Tiada waktu untuk mengetahui keadaan umat..
Tak kuasa unt mengambil tahu hal lain selain....
EXAM...

Kadang2 hanya kerana sehelai kertas itu...
Kita tak sedar...
Itulah ujian yang sebenar-benarnya...
Ujian menguji hati,akal dan kefahaman...
Lantas...
Untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu ini??
Untuk apa sebenarnya kita menduduki peperiksaan??
Untuk apa kita menyelak,membaca dan menghafal segala macam formula dan fakta??
Andai semua itu bukan untuk menegakkan Islam..
Andai bukan untuk mengambil semula segala ilmu kita yg telah dirampas dulu...
Andai bukan untuk di amalkan dalam hidup...
Andai xdapat mendekatkan diri pada Yang Memberi Ilmu...
Alangkah ruginya....
Alangkah zalimya waktu yang terbazir begitu sahaja...


Hanya kerana sehelai kertas itu..
Terlupa kita pada tujuan asal penciptaan kita..
Terlalai kita untuk mengingati Yang Maha Pencipta..
Terlena kita dengan belaian pointer yang dikejarkan...

Apalah guna pointer lebih dari 4.00,
tapi kita makin jauh dariNya...
Apalah guna dapat Dean List,
tapi tanggungjawab dengan Allah di lalaikan..
Apalah guna semua pujian,
andai hati terus gelap tanpa cahaya Ilahi..

Bukanlah tujuan penulisan ini supaya dunia ini dibiarkan begitu sahaja..
Bukan jua untuk mencari kehidupan akhirat sahaja..
TAPI seimbang dunia dan akhirat...
Amatlah manis kejayaan yang digenggam bila disertai dengan kesyukuran padaNya..
Kelak bila di tarik kembali nikmat kejayaan itu,
Hati x gundah gulana...
Jiwa tenang setenang air di lautan...
Sebiru langit yang luas terbentang...

Sungguh setiap yang Allah jadikan x pernah sia-sia..
Sentiasa penuh dengan hikmah...
Hanya buat mereka yang ingin memikirkannya...
Dan mengambil pengajaran...

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahwa Allah yang menciptakann langit dan bumi adalah Maha Kuasa pula menciptakan yang serupa dengan mereka, dan dia telah menetapkan waktu tertentu ( mati @ dibangkitkan) bagi mereka, yang tidak diragukan lagi? Maka orang yang zalim itu tidak menolaknya kecuali dengan kekafiran"
~ Al-Isra' : 99 ~





Sunday, November 7, 2010

OWH DUNIA


Alhamdulillah di uji dgn kesihatan yg xmenentu...baru lepas ke klinik dan doktor just cakap viral infection menyebabkan badan trase panas n sakit sendi....dapat ubat,tapi xtahulah makan ke x....=)

                Hari sabtu n ahad yg lepas adalah kenangan yg xboleh dilupakan...macam2 yg saya belajar tentang erti kehidupan...memberi nafas baru dalam hidup yg penuh dgn ranjau...

Sabtu 250910

                Awal pagi bangun bersiap2 untuk pergi ke satu program anjuran heals.. aku pula di taklifkan sebagai jurukamera unt program tersebut..xpernah diberi tugasan sebegitu dalam hidupku..satu pengalaman baru yg menarik...walaupun xbrape pakar,tapi banyak belajar tentang IT...kredit to roomate [hani]-sebab pinjam kamera dia,nikmah[tolong akk amik gambo] n hanif[ajar nak masukkan kad reader dlm komp..]...

                Masa sampai ke Sekolah Panglima Perang,trase macam kembali ke sekolah balik...rindu sangat waktupersekolahan...sangat rindu....rindu kat cikgu2 n sahabat2...sekolah menengah banyak ajar aku unt menjadi seperti aku sekarang....

                Masa waktu makan berbual2 dengan kanak2 yg riang ria kat sana...adk2 form 4...jijah,nani,wani,hanisah,atikah,yana n lain2....urm,memang berbeza zaman aku waktu form4 n zaman mereka...yer,manusia berubah dgn persekitaran...

                Yg paling best skali bile program ni di conduct oleh Ust Shaari...aku sedar macam2 benda...sehingga menitiskan air mata keinsafan n kesedaran...

Sesi  1st,sesi kesedaran..tentang apa yg berlaku di Malaysia sekarang..setiap 14.5minit seorang bayi luar nikah di buang..x termasuk lagi yg xdidaftarkan...ratio tu menunjukkan manusia di malaysia berzina dgn kadar yg lebih banyak..ya Allah...sesak nafas aku ya Allah...ini kah generasi anak muda yg akan datang ya Allah...adakah ini genarasi yg akan memimpin negara ini ya Allah...apa yg aku buat selama ini hingga terjadi segala kemusnahan sosial ini ya Allah...bagaimana aku mampu duduk berehat sedangkan adik2 dan sahabat2 ku sedang terbiar tanpa bimbingan agama di luar sana ya Allah...ampunkan dosa2 ku dan dosa2 sahabatku.. rahmatilah negaraku ya Allah...ampunkan dosa2 mereka yg jahil ini...campakkanlah rasa insaf n taubat dalam hati mereka ya Allah..sesungguhnya ya Allah jika mereka bertaubat dgn sebenar2 taubat mereka itu lebih mulia dari mereka2 yg xpernah berbuat dosa...campakkanlah hidayah pada adik2 n sahabat2 aku unt kembalii ke pangkal jalan...

Ust jugak tunjukkan yg setiap galaksi ini Allah jadikan berputar dalam paksi n laluannya sendiri...dari sebesar2  galaksi sehinggalah atom dalam badan manusia berputar pada paksinya...kalau bumi tergelincir sedikit ke luar,maka bumi akan membeku..jika bumi tergelincir sedikit ke dalam maka bumi akan hangus terbakar dek kepanasan matahari....begitulah sunnatullahnya...begitulah jua seorang manusia....laluan dan paksi itu adalah agama islam...namun setiap dari kita x mampu melihat paksi itu...maka manusia dengan sesuka hati melanggar paksi itu...maka haru-birulah kehidupan seperti yang berlaku sekarang...umat islam xdapat mencari ketenangan yg abadi kerana telah tergelincir dari paksi yg sebenar...adakah sekadar dengan puasa,solat dah cukup unt digelar islam sejati????belum lagi sahabat2....hati....bersihkan hati....segalanya indah bila kerana Allah n RasulNya...kembalilah pada paksi kita....kembalilah pada Islam yg sebenar...kembalilah pada Al-quran n sunnah...kembalilah kepada Yang Maha Esa...  

Sahabat2, hidup kat dunia ni hanyalah persinggahan...the ultimate goal kita kat akhirat nanti...perjalanan kehidupan ini akan berkahir di sana...dan disana juga ditentukan samada manusia ke syurga @ ke neraka bergantung dgn amal mereka di dunia ini...ya Allah sangat takut...sekarang,musim meninggal mengejut...ada yg meninggal sebab xcident,sakit n dalam tidur...janji Allah itu benar..bile waktu itu dah sampai,xkan terawal atau terlewat sedikit pon..bagaimana persediaan kita untuk berjumpa empunya jasad,empunya langit dan bumi serta segala yg ada diantaranya........ya Allah banyaknyer dosa2ku ya Allah...bagaimana aku mahu mengadapMu dgn dosa yg bertimbun ini ya Allah...ampunkanlah dosa2 aku,dosa2 ibubapaku,dosa2 adik beradik kandung n adik beradik seperjuanganku,ampunkan dosa2 sahabat2 ku ya Allah....ampunkan dosa2 kami ya Allah...kami takut dengan azabMu,tapi kami xlayak untuk syurgaMu...ampunkanlah ya Allah dosa2 kami....

Namun sahabat2,selagi kita masih diberi nikmat hidup ini,gunakanlah sebaiknya...masih belum terlewat unt bertaubat atas segala dosa2 yg kita lakukan...masih ada masa unt mengubah diri menjadi yg lebih baik...memang sukar unt berubah...bukan mudah membuang tabiat lama...namun,tetapkanlah tekad HANYA KERANA ALLAH DAN RASULNYA....berhijrahlah keranaNya...mohon kekuatan n petunjuk darinya...moga2 diri kita di berkati n dirahmati di dunia n akhirat....andai kita sedar suatu hari nanti kita akan kembali kepada Allah,pasti kita akan berusaha unt berubah walau seberat mana pun mujahadah itu...kerana setiap kesulitan itu ada kemudahan...setiap kepahitan itu ada kemanisan...mujahadah itu pahit kerana syurga n redha Allah itu manis... 

Ya Allah tuhan yg menciptakan sekalian alam,yang memberikan aku segala nikmat,yg meminjamkan aku jasad yg sempurna ini,yg empunya segala kelebihan yg diberi pinjam kepada diri yg lemah ini..terima kasih ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini..terima kasih ya Allah...segala puji bagiMu tuhan sekalian alam..tak kan terbalas segala nikmat yg Kau berikan sekadar dengan ibadah yg aku lakukan...tak kan mampu aku bayar walaupon aku bersolat 100rakaat sehari ya Allah...ya Ghaffar,ampunkan dosa hambaMu ini...walaupon sebegitu banyak nikmat yg Kau berikan aku masih lalai dalam mengingatiMu..aku masih liat mengerjakan apa yg Kau suruh...aku masih degil unt meninggalkan apa yg Kau larang...ampunkan aku ya Allah kerana terpengaruh dgn hasutan nafsu n syaitan...lindungilah aku...bekalkan aku dengan limpahan iman...agar aku tabah mengahadapi dunia yg penuh dugaan ini ya Allah...agar nanti aku bisa meraih cinta n redhaMu....

Salam juang meraih redhaNya

Wednesday, June 30, 2010

14 Jun 2010 bersamaan 2 rejab

tteet...teeet....2 pesanan ringkas ku terima..serta 1 mis kol dari no yg ku x kenali...
sms pertama ku buka...dari shbt baikku..

"dik,atim kemalangan dik.tolong akk"...jantungku berdegup kencang

lantas stu lagi sms ku baca...owh...dari no yg x dikenali tadi..." salam. fatima zurwati zukifly xcident petg tadi.keadaannya kritikal.tolong doakan dia.sebarkan pd shbt." Allahuakbar...ya Allah adk......ni dari kakak atim....

aku terduduk diam membisu...air sudah mula bergenang di pelupuk mata...kugagahi diri unt berdiri...keluar dan duduk di beranda rumah..memandang sepi malam yg pekat...otakku ligat memikirkan tindakan yg seterusnya...

dengan tangan yg menggigil,ku telefon kakak shbtku itu...cube mengetahui keadaan sebenarnya dan sedikit information...dengan tgn yg seram sejuk itu,ku taip msg...dan ku sebarkan pada kenalan atim...banyak sms dan panggilan telefon ku terima mlm itu...aku xdpt menahan sebak....aku x bersedia kehilangannya ya Allah...kuatkanlah dia di sana...

ku seka air mata ku lantas ke dalam meminta izin dari kedua ibubapa unt melawat shbtku itu keesokan paginya...tanpa ku sedari beberapa butir mutiara turun menghujani pipiku...aku tahan...xmahu dilihat lemah di hadapan kluarga...alhamdulillah,ibubapa ku sudi memberi keizinan...hatiku sedikit terubat...

15 Jun 2010 bersamaan 3 rejab

lenaku x nyenyak....seawal jam 4 lebih aku sudah bangun wlaupun sedang AbC ketika itu...rase xsabar nak berjumpa adkku itu...andai ada jet persendirian sudah pasti mlm tadi lagi aku sudah kesana...

naik bas jam 7.30pagi dri melaka ke selangor...ambil lrt turun naik...sampai di CM...tunggu sahabat yg len dan bergerak ke hospital putrajaya...alhamdulillah...sampai jua akhirnya...

dlm perjalanan ada juga ku tanya pada k.ma,apa beza wad kecemasan dan ICU...xdapat aku membayangkan keadaan adkku ketika itu...yg hadir dlm bayangan aku mcm cite2 melayu...

kami menunggu sebentar di atas kusyen..bergurau senda sbentar tuk menghilangkan kegelisahan yg bermaharajalela di hati...

k.ju menyambut kami...matanya sembab...ada kesan tangisan...jantungku lantas berdegup kencang...tawaku mati serta merta....di situ di tulis ICU...owh..kali pertama dlm hidupku masuk ke ICU...dan kami sampai di katil adkku itu....sahabat yg lain sudah mula merembeskan air mata...tapi aku tetap berdiri di situ...aku amati susuk tubuh itu...adkkah itu??aku takut nak memegang apa2 kerana wayar yg sangat banyak....aku menjauhkan diri dari katil itu...sebutir demi sebutir kenangan bersamanya bermain dlm benak fikiraan...sebutir demi sebutir jua air mataku jatuh berderai...ku peluk k.ma.......Allah adik......aku teringat,aku slalu berpesan dengannya supaya berhati-hati ketika membawa moto...Allah...DIa saja yg tahu perasaanku saat itu....

alhamdulillah...sedikit waktu yg ada,sempat jua ku sampaikan salam dan pesanan k.sa...sempat jua ku alunkan zikir2 di telinganya...supaya dirinya sentiasa mengingati Allah....sempat jua ku genggam jari jemarinya yg sejuk itu...sempat jua ku usap rambutnya..sempat jua ku cium pipinya...alhamdulillah...namun air mata x berhenti mengalir....

mlm itu,aku tidur disurau bersama k.ma...mungkin keletihan kerana perjalanan yg jauh,tidurku lena skali....sambil ku tidur,ku pegang alquran..didalamnya ada sehelai rambut adk...ku peluk erat al-quran itu dgn harapan aku boleh bermimpinya mlm itu....

16 Jun 2010 bersamaan 4rejab

aku bangun lewat sedikit,bangun2 dari tidur,air mataku mengalir laju...teringatkan adikku yg sedang sakit diatas...aku trus menaip msg ini..
"adk...ak rindu sgt kat adk..adk bgn la wlaupun skejap..ak nak cium adk,ak nak peluk adk...ak nk adk tahu,ak syg sgt kat adk...bilelah adk boleh baca msg ni n bls...dik,ak xpenah x msg adk sehari..ape yg berlaku i sgt2x menguji ak...dik,ak dh kena balik arini..ak xnak..tapi ak terpaksa..kalu boleh,akk nak teman adk tiap2 hari...ak celik ak nangis,sampai ak pejam mata mlmnya pn dgn tangisan...adk,ak btol2 merindui adk...tapi dik,ak dah doa,Allah bagi apa yg terbaik unt adk...so,ak akn redha n tabah hadapi ujian ni..ak nk adk tahu,ak sayang adk smpai bile2"
aku simpan msg ini...xtahu pada siapa harus ku beri...k.ma tiba2 menegurku..lantas ku kesat air mataku dan bersiap unt mandi...ketika itu,seorang wanita masuk ke surau,..nampak wara' orangnya...aku terus membersihkan diri...masuk kembali ke surau,k.ma sedang lena.."mungkin xdapat tidur mlm tadi"bisik hatiku..

ketika wanita tadi bersiap2 setelah solat,ada dia menanyakan tentang adkku...satu ayatnya yg menusuk hatiku..."dah ajal dia"...aku lantas membantah dlm hati.."tapi adk x pegi lagi....tapi knapa m.cik ni mcm tahu jer..."sebelum dia beredar,dia menanyakan nama penuh adkku dan berjanji unt melawatnya jika ada kesempatan....

setelah itu...aku mengadap kiblat...mendah tangan..dengan sedu sedan aku mohon pada Allah berilah kekuatan pada aku dan shbt yg lain...berilah apa yg terbaik unt adkku....andai yg terbaik unt dia adlh hidup,kurniakanlah dia kebaikan yg berlipat kali ganda...namun andai yg terbaik unt dia adlh pergi,maka kau ampunkanlah dosanya...kau tempatkanlah dia dikalangan org2 yg beriman..kau tenangkanlah dia....ku ulang2 doa ku hingga hati ni benar2 kuat....

seketika kemudian ku keluar ke taman keseorangan...bercakap sendirian...seolah-olah adk ade di situ mendengar....aku xlalu mkn waktu itu..hanya menghirup sekotak susu coklat...xlama kemudian waktu melawat tiba...aku menunggu di luar...ramai sedara dan jiran menunggu giliran...tiba2 doktor mahu berjumpa dgn ibubapanya...seketika kemudian dengar esak tangis si ibu...Allah hatiku x keruan...sebelum ku masuk ke situ,sempat aku baca surah Al-waqiah...dan ada tentang kematian....ya Allah...ya Allah....berilah kekuatan pada hambaMu..sejurus kemudian..aku masuk...adk masih sama...diam membisu tanpa bicara...tekanan darah adk makin rendah...sejurus itu,adk dalam keadaan nazak..hanya Allah tahu haru birunya hatiku...saling kuat menguat dgn sahabat yg ada....

yer..tanggal 4rejab...16 Jun 2010..setelah 16 hari besday adk...adk pergi menyambut seruan Ilahi...pergi dgn tenang...

aku xsempat bersamanya ketika dia di mandikan,dikafankan,disembahyangkan dan disolatkan...terpaksa memenuhi arahan ibuku unt pulang.....jika diikut hati ini,ingin saja aku terbang mengikutnya ke terengganu...apakan daya...tanggungjawabku sebagai seorang anak masih ada....

gelapnya dunia kurasakan...hilang semangatku ingin ke kampus utama kuantan...hilang semua perancanganku unt menghabiskan masa bersamanya...Allah...Kau tahu apa yg x aku ketahui....

adik yg amat ku sayangi kerana Allah.....
begitu cepat adk meninggalkan ak...ak doakan adk bahagia bertemu mama adk disana...kenangan kita bersama xkan ak lupakan sampai bile2x..adklah penawar tika ak duka...adklah penguat tika ak sedih...adk ada d sisi ak waktu senang dan susah...adk memang sahabat yg baik...baik sgt...ak xkan penah dpt shbt sebaik adk...org yg care kat akk slalu..org yg slalu ngajuk ngan akk...owg yg slalu sayang akk...msg terakhir adk...adk tanye akk,akk masak ke...pastu adk kate nanti kita msg lagi..adk suh akk jaga diri....ak simpan msg adk...adk nak tahu,ada 2 nombor shbt yg akk slalu ingat 0193748250 n no k.sa...bile akk msg jer..mesti akk ingat kat adk...adk nak tahu lagi x...adk sorang jer yg tahu n slalu kol no rumah akk....skung,bile mlm,xde dah owg nak kol...xde owg nak kaco tido akk....ak xkan penah lupa adk dalam setiap bait doa akk...andai Allah takdirkan akk pegi...akk nak adk jadi bidadari akk..tunggu akk..n sambut akk....akk akan berusaha tingkatkan amal ak supaya nanti akk boleh jumpe adk...boleh jumpe rasulullah..boleh jumpe srikandi islam...adk duk elok2 kat sana ye...insyaAllah..sahabat2 kat sini xkan putus doakan adk...kami semua sayangkan adk...

ya Allah..hidupkanlah aku dlm iman...matikan aku dlm iman...tempatkan aku d syurgaMu dlm iman....kau temukanlah aku dgn shbtku dlm iman...Ya allah..kau jagalah dia disana...kau sampaikan salam syg dan rinduku yg x putus2 buatnya...Ya Allah...kau kuatkanlah aku dan shbtku menempuh ujian mu ini...moga kami menjadi insan yg tabah dan sabar.....

ingatlah sahabat2...mati itu pasti...xkan terlewat@terawal...usah kita tangguh beramal...sahabat2...atas dosa dan noda yg kulakukan sepanjang bersahabat..maafkanlah...moga ukhuwah yg terjalin hanyalah keranaNya...amin...

Monday, June 7, 2010

YA ALLAH LINDUNGI AKU YA ALLAH

Dia datang lagi,
menerjah ruang hati,
mengetuk dgn kuat dan pantas,
merayu-rayu minta dikasihani.

Dia berkata...

plez,Hawa...hanya sekali ini saja...
then kau bertaubatlah...
pintu taubat Allah kan luas

....namun....

hati kecil ku lantas menjawab...

kalau kau mati ketika kau sedang mengikut kata nafsu mu, apa yg kau akan jawab dihadapan tuhan Mu??
hawa,kau tahu itu salah, kenapa mahu buat?

bisikan itu lantas menyahut... 

xder sape kat rumah,kau sempat jer buat ni.ape lagi,cepat hawa,pas solat ni, g lah buat...

tapi hati kecil ku cepat meningkah..

kau plan nak baca al-quran tadi kan?hei,kau orang yg hafal Al-quran,xkan kau nak buat jugak????biler kau menyesal nanti,nasi dah jadi bubur,dah terlambat..jangan buat hawa...g baca quran..

bisikan itu,x berputus asa,trus menggoda hati yg keliru...

alah hawa,kau bawak quran tu,tyme org datang kang buat2lah cam kau baca quran..

dan hati kecil masih tegar memberi nasihat...

astaghfirullah hawa...kau dah bernazar puasa 100hari untk xnak ulangi lagi...kenapa???kenapa kau nak buat sekarang plak???
kau nak tambah lagi 100???yg tu pon kau xhabis buat lagi...kau akan menyesal nanti pas kau buat...baik jgn lakukan...

...bisikan itu pantas menjawab...

kau dah banyak buat benda baik,kau ngaji slalu,kau tolong mak kau,kau dah buat macam2 kebaikan,hanye sekali ini sajer,dan selepas ini,jgn ulangi lagi.pasni kau bertaubat lah..xsusah pon...lagipon hati kau dah mati...alang2x tu bek kau truskan jer buat dosa....
dgn nada kesal,hati kecil ini berkata...

Hawa,
kau tahu, yg menyemarakkan nafsumu itu adalah syaitan musuhmu,mengapa kau masih mahu mengikutnya?
Hawa,
kau kata kau pejuang islam,
kau kata kau mata rantai perjuangan SUCI nabimu,
kau mengucap dua kalimah syahadah,
kau menghafal al-quran,
kau blajar agama,
kau baca majalah agama,
kau punya ilmu yg cukup tentang dosa itu,
mengapa kau mahu ulangi lagi...
Ya...mgkin hatimu sedang sakit saat ini,
namun,adakah kau hendak trus mematikannya??
kau kata kau mahukan hati yg hidup...
kerna hati yg mati xkan mampu menghidupkan hati mati yg lain....
Hawa sayangku,
kau punya pilihan untuk lakukannya ataupun  tidak..
buatlah pilihan yg tepat...
kerna kelak,kau akan dibalas atas segala perbuatanmu..baik burukmu....
andai berat timbangan amal kebaikanmu,amanlah kau dalam kehidupan abadi disana...
tetapi...
andai sebaliknya,pasti kau akan mengingati aku...
pasti kau akan berkata
"kalau ku tahu jadi begini,aku akan ikut nasihat itu"
sebelum ayat itu,terlafaz,usah lakukan dosa itu...
usah lakukannya...

sejurus itu,aku teringat lafaz doaku beberapa hari yg lepas...

'Ya Allah,peliharalah aku dari nafsu kejahatan...nafsu lawwamah dan nafsu amarah,peliharalah aku dari godaan syaitan,kurniakan aku nikmat nafsu mutmainnaah,hadiahkan aku nafsu radhiyah"

lantas ku angkat kedua telapak tangan ku...

"Ya Allah,lindungi aku ya Allah,lindungi aku Ya Rahman,lindungi aku ya Rahim" ku ulang hingga terbit mutiara di pelopok mata hati....

"Ya Allah,benar..sangat payah melawan nafsu..sangat susah untuk mujahadah..Ya Allah terima kasih kerana menyelamatkan aku..terima kasih kerana masih sudi mengurniakan hidayah pada diri hamba yg hina ini....terima kasih kerana kau kurniakan aku ilmu yg bermanfaat hingga aku masih dapat melawan bisikan itu dengan bantuanMU..Ya Allah terima kasih atas segalanya...."

Saturday, June 5, 2010

CUTI....OWH...CUTI...

cuti aper ek??
owh...cuti buat blog,cuti sblm masuk maincamp,cuti sekolah...
lamer betul blog ku ini menyepi.....
hari ni tiber2 teringat,yg aku ade blog...(senonoh btol lah prangai)
tup2x..lupo paswordnye ha....
waduh,dong,mengapa bisa jadi begini??
tulah,lame sangat xbukak,akhirnya terpaksa reset password..

kalau nak di muhasabahkan sepanjang cuti ni...memang xsanggup nak pk...
buang mase jer tahu...hum...biler ader kesedaran,berubahlah..
tapi xkekal pon..kadang setgh hari jer...
fuh...mencabar jugak dok umah ni...

alamak,owg dah azan lah...nak gi solat dlu lah...
g pon xder benda nak tulih kat cni..kang merapu jer...
bek g jumpa Allah dlu...