Saturday, February 13, 2010

Dilema hati seorang pejuang













Allah...
Indahnye hidayahMU...
Hanya Kau yg layak menganugerahi..
Pada sesiapa yg Kau kehendaki..

Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar...perjalanan yg sangat meletihkan,namun memberi 1001 makna bgi mereka yg berfikir...alam ciptaan Allah yg sgt indah..melihat burung riang berterbangan,air yg deras menderu,gunung ganang yg menghijau..seakan aku mahu trus tinggal di sana...xpuas menikmati nikmat Allah itu..

namun,aku punya halatuju hidup sendiri,aku perlu pulang ke kampus,masih banyak tanggungjawab aku disana..malah,skung pun musim peperiksaan..final..aku perlu lebih berusaha supaya Islam trus di pandang tinggi & itu juga amanat ibu bapa ku manghantarku ke kampus ini..

Sejurus tibe di kampus,aku bemesra dgn sahabat2 ku..yg dah ku anggap sperti adik beradikku..namun,seketika aku ingin melangkah menuju kamar kesayangan ku,aku terhenti.............

"Eh,mengapa mereka di sini??"

Aku menyapa mereka,duduk di sisi mereka yg sedang menikmati rezeki yg Allah berikan...
Lame sungguh aku x berjumpa dgn clasmate aku ini..orgnye baik,sentiase bersemangat,tahu matlamat hidupnya...aku mengenalinya ketika kami sepasukan semasa acara bola tampar...die slalu bsama dgn sahabat karibnya yg ketika itu memasuki acara bola jaring...

dari satu topik ke satu topik kami perbualkan..

ntah kenapa hati ini teringin berkongsi tazkirah yg aku dengar ketika singgah solat di Masjid Alam Shah,Hulu Langat..tentang hari kekasih,tentang berkasih sayang dalam Islam..

dan saat itu,perbincangan kami berubah angin,dari sekadar senda gurau akhirnya,bertukar kepada soal jawab tentang Islam...

soalan2 yg saat mencabar kerana ape yg mereka tanya, membuatkan aku berfikir....kecilnya rase diri ini...xlayak rasenye unt aku menjawab soalan2 itu...namun aku gagahi jua lidah ini unt berbicara..kerana sabda nabi

"Hak Muslim ke atas Muslim lain ada 6 perkara.
1) apabila kau bertemu dengannya hendaklah kau memberi salam
2)apabila die menjemputmu maka penuhilah jemputannya,
3)apabila die meminta nasihat,hendaklah kau memberi nasihat kepadanya
4)apabila die bersin dan bertahmid,hendaklah kau lengkapkan dgn bertashmit,
5)apabila die sakit,hendaklah kau menziarahi
6)apabila die meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"
(riwayat muslim)

ape yg merelka alami,sama seperti ape yg aku alami..ape yg mereka rase,aku jua pernah merasai dan mungkin sedang merasai...aku bertanya...apakah yg Engkau mahu tunjukkan pada ku Ya Allah?dan sejujurnya,aku rase sgt berdosa..sedangkan aku yg memegang kitab Allah ini,masih melakukan dosa...same seperti mereka yg jahil.....ape bezanya aku dan mereka???aku mengaku cintakan Allah,cintakan Rasullah,mendokong perjuangan Rasullah,menjadi mata rantai perjuangan baginda..tapi..pada masa yg sama melakukan maksiat...aku lebih teruk dari mereka...aku tahu tapi aku tetap melakukan...aku punya ilmu tapi aku x gunakan...betapa ruginya aku...ruginya aku selama ini....

Ya Allah,andai ada sekelumit dosa yg aku lakukan yg menghijab hati ini unt mencintai Mu,ampunkan aku ya allah,aku hambaMu yg sering melakukan kesilapan..akulah hambaMu yg sangat sedikit bersyukur..akulah insan yg pelupa...Kau x putus2 menguurniakan nikmat pd ku namun sgt sedikit aku mengingatiMu...ya Allah,aku mohon ampunan dan magfirah Mu atas segala dosa yg aku lakukan sejak aku dilahirkan hingga saat ini..saat aku mengetip papan ini..Ya Allah,aku bersyukur padaMu,memberikan kami hidayah unt berusaha mencari cinta dan redhaMU..berkatilah perjalanan kami..berkatilah ilmu dan amalan kami...berkatilah kehidupan kami..ameen ya rabbal 'alamin..."

-sentuhan hati seorang sahabat-

moral of da story:
unt itu sahabat2,setiap yg berlku pada diri kita,ada hikmah yg Allah mahu tunjukkan..semuanya bergantung pada kita unt mencarinya @ membiarkannya...dan sesungguhnya sahabat2 Solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar..andai diri kita masih melakukan maksiat pada yang Esa,check lah kembali solat kita,niat kita,wudhu' kita...
dan sahabat2..
hidup ini penuh dengan ujian..dan ujian itulah yg mematangkan diri,membuatkan kita lebih mengenali Sang Pencipta...


Ya Allah,mengapa semua ini terjadi padaku??
jawapannya : al-baqarah 216
Ya Allah mengapa berat sangat ujian ini
jawapannya : al-baqarah 286
Ya Allah terasa kehidupan ku ini sudah x bermakna lagi
jawapannya : Al-imran 139 @ yusuf 12
Ya Allah berimankah aku?
jawapannya : al-ankabut 2-3
Ya Allah kpda siapa aku dapat berharap?
jawapannya : at-taubah 129
Ya Allah apa yg aku dapat daripada semua ini?
jawapannya : at-taubah 111
Ya Allah bagaimana harus ku hadapi segalanya?
jawapannya : al-baqarah 45

segalanya ada dlm al-quran....renung2kanlah wahai sahabat...


No comments:

Post a Comment